Pakar Sistem Akuakultur

Teknologi Air Tenaga Tinggi

SUPERIOR Sistem

dengan budjet rendah dan effektif

Servis

Top Of The Line

Reka Bentuk, Pembinaan, Bekalan dan Perkhidmatan Sokongan

Berdasarkan pengalaman kami dan penggunaan alatan, teknologi dan komponen-komponen yang tersedia dari Aquapure dan syarikat bersekutunya,  Aquapure mampu menawarkan ladang-ladang ikan yang lengkap, modular, ladang ikan terbikin yang dihasilkan di Malaysia dan boleh dihantar dengan jimat ke mana-mana lokasi seluruh dunia untuk dipasang oleh pelabur tempatan di bawah pengawasan pakar pembinaan Aquapure.

 

Ladang-ladang ini boleh diadaptasikan kepada pelbagai jenis tapak, spesis, dan sumber air, dan membolehkan pelanggan memasang ladang ikan yang kos-kompetitif, berfungsi dengan baik, boleh diharap dan mampan kepada alam sekitar. Keseluruhan reka bentuk, perkumpulan, penghantaran dan pemasangan dan permulaan boleh diuruskan di bawah kawalan kualiti Aquapure.

 

Rakan kongsi Aquapure sedia untuk memberikan perkhidmatan kaunseling profesional bagi pelbagai jenis spesis dan tapak. Perkhidmatan ini terdiri daripada  penilaian tapak awal, melalui reka bentuk sistem, penghantaran, pengawasan, permulaan dan sokongan teknikal jangka masa panjang.

 

Perkhidmatan lain termasuk kajian kemungkinan, iklan lengkap dan analisis teknikal dan perancangan bisnes bagi bakal perusahaan akuakultur dan penilaian bagi kemudahan yang sedia ada.

 

Kepakaran kami adalah dalam persekitaran akuakultur yang dikawal dan dengan keutamaan ini, kami boleh membantu ladang-ladang sedia ada meningkatkan kawalan dan kualiti persekitaran, bagi meningkatkan kesihatan, produktiviti dan keuntungan dan untuk mengurangkan sebarang kesan negatif terhadap persekitaran sekeliling. Perkhidmatan ditawarkan di seluruh dunia.

 

Aquapure menawarkan penyelesaian pengurusan pembinaan lengkap bagi projek-projek akuakultur yang direka untuk memenuhi keperluan pelanggan. Aquapure boleh menyampaikan pengurusan projek yang lengkap dan pengawasan atau bantuan terhad dengan pengurusan dan koordinasi bagi operasi-operasi bangunan. Syarikat-syarikat bersekutu kami akan memastikan projek yang berkualiti tinggi, cepat dan kos efektif.

 

Skema untuk reka bentuk bagi sistem-sistem ini ditunjukkan di dalam rajah di bawah. Teknologi bagi sistem-sistem ini adalah proprietari dan mempunyai hak paten yang didaftar di seluruh dunia. Pemilik-pemilik teknologi ini dan paten-paten telah memberi kebenaran kepada AQUAPURE untuk menggunakan semua sistem-sistem ini. Sistem-sistem ini tidak terhad kepada persekitaran laut tetapi boleh dikonfigurasikan dengan mudah kepada persekitaran lain. Contoh: air tawar, payau dan lain-lain.

 

• Reka Bentuk Teknikal.

• Pengurusan Pembinaan

• Pengurusan Rantaian Bekalan

• Pengurusan Pelaksanaan Operasi

• Latihan dan Pembangunan

• Pemasaran dan Jualan

Penilaian Tapak

• Reka Bentuk Awal

• Reka Bentuk Akhir

• Lukisan Pembinaan

• Bil Bahan

• Penghantaran Bahan

• Bantuan Pentauliahan

• Sokongan Teknologi dan Biologi Jangka Masa Panjang.

 

Air Bertenaga Tinggi Aquapure dan Sistem Akuakultur Intensif telah meningkatkan kadar pengeluaran kepada sekurang-kurangnya 50 kali dalam sistem sedia ada yang sedang beroperasi.

 

Kos setiap ekar akan dikurangkan apabila pengeluaran setiap ekar tanah menggunakan sistem Aquapure menghasilkan jumlah pengeluaran sebanyak 50 ekar bagi ladang yang beroperasi secara tradisional. Pembangunan masa hadapan bagi pengeluaran akuakultur akan bergantung pada 3 Keutamaan dengan asas Keselamatan, Alam Sekitar & Organik:

Ikan dan haiwan akuatik akan dikekalkan dalam tangki yang bersambung kepada sistem edaran semula yang terdiri daripada penapis drum, ozon, ultra violet, tapisan biologikal, skimmers protein, tambahan oksigen dan pelepasan CO2.

BERSAMA-SAMA MEMBENTUK AKUAKULTUR

MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK

HUBUNGI

Aquapure Head Office:

Lot 32497  Jalan Juara 1/5

Taman Juara Jaya Off

Jalan Bukit Belimbing

43200 Belakong, Selangor,

Malaysia.

Phone: +60(3) 9108 0222

Email:   [email protected]

Licensed Biosecurity Site:

Lot 32497  Jalan Juara 1/5

Taman Juara Jaya Off

Jalan Bukit Belimbing

43200 Belakong, Selangor,

Malaysia.

Emergency Hotline:

+6011 2288 3232

Submitting Form...

The server encountered an error.

Form received.

aquapure r&D Berhad | ©2017 ALL RIGHTS RESERVED

Terms of Use