Pakar Sistem Akuakultur

Teknologi Air Tenaga Tinggi

Re-imagining the future

of aquaculture through climate-smart onshore farming.

Our Technology

ONE OF A KIND

SISTEM AIR BERTENAGA TINGGI

Cara utama mengorak ke arah akuakultur moden adalah dengan menggunakan teknologi tinggi dan sistem akuakultur inovatif.

 

Aquapure akan melaksanakan penggunaan Sistem Air Bertenaga Tinggi yang dicipta oleh Profesor Sun Qiao Wen sebagai salah satu komponen penting bagi sistem itu. Pelaksanaan sistem ini akan menggunakan luas tapak yang lebih kecil dari segi tanah yang digunakan and faktor-faktor persekitaran. Sistem Air Bertenaga Tinggi adalah inovasi moden yang akan memendekkan masa penternakan produk akuatik, ia lebih menjimatkan, lebih efisien dan pengguna mampu mendapat hasil yang lebih.

 

Sistem ini akan mengubah keseluruhan cara industri akuakultur berjalan dan beroperasi pada masa hadapan. Ia akan menjadikan kaedah semasa usang dan tidak berdaya maju dari segi ekonomi apabila seseorang mula membandingkan hasil daripada sistem kami dengan sistem lain yang lebih tradisional.

Menyediakan dan mensimulasikan persekitaran terbaik bagi perkembangan ternakan di ladang tanah akuakultur - mengurangkan risiko dan kadar kematian daripada bahaya alam sekitar dan penyakit yang sedia ada dengan baik.

Sistem dicipta untuk menjadi modular dan berskala- menyediakan penyelesaian teknologi kepada rakan kongsi dan klien kami. Sistem kami memperkuatkan operator-operator dengan lebih kawalan terhadap persekitaran habitat, disesuaikan kepada keperluan spesifik spesis and memastikan hasil pengeluaran yang banyak dengan kadar kematian yang rendah.

· Reka bentuk ladang yang ringkas dan berskala yang berkesan

· Penapisan Optimum

· Sistem Larutan Oksigen Proprietari.

· Penyelesaian Jimat Tenaga

· Keperluan Buruh Yang Minimal

· Pengawasan dan Kawalan Sekuriti Bio Penuh.

Professor Sun Qiao Liang | Aquaculture, Waste Water Treatment Expert

18

Invention Patents

12

Grand Tech

Awards

China Creative & Invention Patent

Grand  Winner

UNWIPO

Gold Award

Winner

Sistem akuakultur moden Aquapure dicipta oleh pengasas Air Bertenaga Tinggi- Profesor Sun Qiao Liang boleh disesuaikan mengikut saiz tanah, kolam dan mengambil kesempatan daripada spesis yang diusahakan serta ditubuhkan mengikut keperluan keupayaan pelaburan dan untuk meningkatkan kadar  pengeluaran penuaian tahunan dari 5kg, 10kg atau 50kg kepada 100kg satu meter persegi (M2) air atau lebih tinggi.

Air Bertenaga Tinggi Aquapure dan Sistem Akuakultur Intensif telah meningkatkan kadar pengeluaran kepada sekurang-kurangnya 50 kali dalam sistem sedia ada yang sedang beroperasi.

 

Kos setiap ekar akan dikurangkan kerana pengeluaran setiap ekar tanah menggunakan sistem Aquapure menghasilkan sebanyak jumlah pengeluaran 50 ekar bagi ladang yang beroperasi secara tradisional. Pembangunan masa depan bagi pengeluaran akuakultur akan bergantung pada 3 Keutamaan dengan

Keselamatan

Alam Sekitar

Organik

Akuakultur Intensif Aquapure dengan Sistem Air Bertenaga Tinggi telah mengatasi banyak masalah berterusan yang biasa dihadapi dalam industri akuakultur. Pembiakan stok akuatik biasanya mengalami hipoksia kerana kekurangan oksigen pada waktu malam dan hal ini menyebabkan haiwan akuatik berhenti membesar.

 

Apabila masalah ini kekal sepanjang malam, haiwan akuatik mulai mati dan haiwan yang terselamat juga terbantut. Sistem ini menyediakan dan mengawal tahap air dan tahap larutan oksigen bagi haiwan akuatik dan mereka boleh diberi makan pada waktu malam seperti biasa dan meningkatkan kadar tumbesaran dan memendekkan masa kitaran pembiakan.

Organic All The Way” – Our Motto

MAKANAN DENGAN BETAINE KETULENAN TINGGI

Kebanyakan ladang akuakultur tradisional menggunakan sisa haiwan yang ditapai untuk memupuk Plankton Mikro seperti ‘rotifer’ dan copepod’ sebagai makanan asas untuk ternakan baru. Ini adalah kaedah yang sangat tidak sihat kerana plankton mikro mungkin mendedahkan patogen ke dalam haiwan yang memakannya dan mengakibatkan masalah kesihatan dan persekitaran apabila mereka diperkenalkan ke dalam rantai makanan.

 

Penggunaan sisa haiwan yang ditapai untuk memupuk plankton mikro akan memindahkan sisa toksik seperti hormon sintektik, antibiotik and agen eikan kepada plankton mikro dan apabila plankton mikro tersebut diberikan kepada ternakan baharu, sup toksik itu akan diperkenalkan dalam rantaian makanan ternakan itu menyebabkan kematian yang tinggi dan seterusnya pemindahan ciri genetik yang rosak kepada hidupan lain di dalam rantai makanan tersebut.

Petani akan terus menggunakan antibiotik dan ubat yang lebih kuat untuk merawat ternakan baharu ini bagi mengurangkan kematian dan hal ini menyebabkan kitaran tidak sihat apabila air sisa dilepaskan ke dalam longkang, sungai atau laut, keseluruhan alam sekitar dan ekosistem akan tercemar.

Ternakan yang terselamat akan membawa bersama mereka semua sisa sehingga mereka akhirnya dimakan manusia yang mungkin mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan. Para penyelidik telah mengaitkan pelbagai jenis kanser, dengan pengambilan produk tercemar sedemikian.

BIO-KESELAMATAN BETAINE DENGAN KETULENAN TINGGI

Melepaskan Tekanan, Bahan Penarik Makanan Semula Jadi Bagi Haiwan Akuatik

1. BAHAN PENARIK MAKANAN AKUATIK YANG BERPOTENSI

2. KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PADA SUHU RENDAH DAN MUSIM SEJUK

Kajian telah menunjukkan bahawa haiwan akuatik tidak hanya bergantung pada penglihatan visual untuk mencari makanan tetapi berkait juga kepada deria hidu dan rasa . Walaupun makanan akuakultur dihasilkan dengan nutrisi yang seimbang tetapi ia tidak cukup untuk meningkatkan selera haiwan akuatik. Betaine mempunyai perasa dan kemanisan unik yang merupakan bahan penarik makanan yang ideal untuk menarik semua jenis ikan dan krustasea dengan kesan rangsangan yang kuat kepada makanan.

 

Betaine ialah makanan mujarab yang meningkatkan suapan kesedapan, memendekkan masa memberi makan dan membantu penghadaman dan penyerapan, mempercepat tumbesaran haiwan akuatik dan mengelakkan pembaziran makanan yang mungkin menyebabkan pencemaran air dan kesan sampingan yang lain.

Pelbagai sebab yang menyebabkan tekanan mungkin menjejaskan pemakanan dan tumbesaran haiwan akuatik dan merendahkan kadar kelangsungan hidup membawa kepada kematian yang tinggi.

 

Makanan yang ditambah Betaine membantu haiwan akuatik untuk pulih daripada tekanan dan penyakit dan mengekalkan pengambilan nutrisi. Betiane membantu haiwan akuatik menahan suhu sejuk serendah 10 celsius.

 

Ia adalah penambahan ideal kepada makanan tidak kira musim, terutamanya musim sejuk.

3. ANTI TEKANAN DAN PENGIMBANG OSMOLALITI

4. MENINGKATKAN PEMBESARAN HAIWAN AKUATIK

Betaine adalah bahan yang baik dan pengimbang untuk  pergolakan buffering bagi osmolaliti dan tekanan. Ia boleh berfungsi sebagai agen perlindungan bagi sel menentang osmolaliti, meningkatkan kebolehan menentang kemarau, kelembapan tinggi, garam tinggi dan perubahan alam sekitar yang kritikal. Melindungi sel daripada dehidrasi dan penembusan bahan garam dan untuk meningkatkan fungsi pam bagi sel membran NA -1-K.

 

Meningkatkan toleransi haiwan akuatik terhadap bencana osmolaliti dan meningkatkan kadar survival. Air laut mengandungi garam bukan organik tinggi yang tidak kondusif kepada tumbesaran haiwan akuatik. Tambahan 1.5% Betaine akan mengurangkan kandungan kelembapan di dalam otot ikan air tawar and bertindak sebagai agen anti penuaan. Apabila konsentrasi garam bukan organik meningkat di dalam air, Betaine membantu mengekalkan keseimbangan yang baik bagi osmolaliti dan elektrolit di dalam sel-sel haiwan akuatik, mengurangkan tahap kandungan garam dan menghidratkan semula tahap air dalam sel-sel.

Choline ialah nutrien penting bagi haiwan akuatik. Ia membantu menyediakan methyl kepada badan haiwan akuatik bagi membolehkan reaksi metabolik. Kajian terkini menyatakan bahawa methyl yang ditemui di dalam Betaine menyebabkan kadar kecekapan yang lebih tinggi. Ia adalah 2.3 kali lebih cekap berbanding Choline, pemberi methyl yang bercekapan tinggi.

 

In dalam hati, Betaine methyl membantu menukarkan homocysteine kepada methioine. Kebanyakan penyelidik percaya bahawa penambahan jumlah Betaine yang sesuai kepada makanan akuatik untuk menggantikan Choline adalah pilihan yang lebih baik dan lebih bijak. Betaine sebagai bahan penarik makanan juga menggalakkan tumbesaran haiwan akuatik, meningkatkan antibodi dan mengurangkan rintangan penyakit, meningkatkan imuniti, kadar hidup dan nisbah penukaran makanan.

BERSAMA-SAMA MEMBENTUK AKUAKULTUR

MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK

HUBUNGI

Aquapure Head Office:

Lot 32497  Jalan Juara 1/5

Taman Juara Jaya Off

Jalan Bukit Belimbing

43200 Belakong, Selangor,

Malaysia.

Phone: +60(3) 9108 0222

Email:   [email protected]

Licensed Biosecurity Site:

Lot 32497  Jalan Juara 1/5

Taman Juara Jaya Off

Jalan Bukit Belimbing

43200 Belakong, Selangor,

Malaysia.

Emergency Hotline:

+6011 2288 3232

Submitting Form...

The server encountered an error.

Form received.

aquapure r&D Berhad | ©2017 ALL RIGHTS RESERVED

Terms of Use